Hikmah dalam pergaulan

​HIKMAH DALAM PERGAULAN :​

Siapa saja yang SERING DUDUK (BERKUMPUL/BERTEMAN/BERSAHABAT) bersama 8 jenis golongan manusia,
maka Allah akan memberinya 8 perkara :

١. من جلس مع الأغنياء زاده الله حب الدنيا والرغبة فيها

1. Barangsiapa yang sering duduk bersama ​orang-orang kaya​, Allah akan menambahkan kepadanya ​cinta dunia​ & semangat untuk mendapatkan dunia.

٢. ومن جلس مع الفقراء زاده الله الشكر والرضا بقسمة الله تعالى

2. Barangsiapa yang sering duduk bersama ​orang-orang miskin​, Allah akan menambahkan kepadanya ​perasaan syukur & redha​ atas pemberian Allah.

٣. ومن جلس مع السلطان زاده الله الكبر وقساوة القلب

3. Barangsiapa yang sering duduk dengan para ​pemimpin/raja (Pejabat)​, Allah akan menambahkan kepadanya perasaan ​sombong & keras hati.​ ٤. ومن جلس مع النساء زاده الله الجهل والشهوة

4. Barangsiapa yang sering duduk dengan ​perempuan,​ Allah akan menambahkan kepadanya ​kebodohan & syahwat.​ ٥. ومن جلس مع الصبيان زاده الله اللهو والمزاح

5. Barangsiapa yang sering duduk dengan ​anak muda/anak-anak kecil​, Allah akan menambahkan kepadanya ​lalai & senda gurau.​ ٦. ومن جلس مع الفساق زاده الله الجرأة على الذنوب والمعاصي والإقدام عليها، والتسويف في التوبة

6. Barangsiapa yang sering duduk dengan ​orang-orang fasiq (gemar bermaksiat),​ Allah akan menambahkan kepadanya ​keberanian berbuat dosa & kemaksiatan, serta semangat untuk berbuat maksiat, kemudian menunda-nunda akan taubat.​ ٧. ومن جلس مع الصالحين زاده الله الرغبة في الطاعات

7. Barangsiapa yang sering duduk dengan ​orang-orang yang soleh,​ Allah akan menambahkan kepadanya ​kegemaran dalam amalan-amalan ketaatan.​ ٨. ومن جلس مع العلماء زاده العلم والورع

8. Barangsiapa yang sering duduk dengan ​para ulama',​ Allah akan menambahkan kepadanya ​ilmu & sikap wara' (sangat berhati-hati dalam mengambil harta dunia)​ ​(Abu Laits As Samarkand dalam kitabnya Tanbiihul Ghaafilin)​

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

🎋Allahumma Solli 'Alaa Saiyidina Muhammad Wa 'Alaa Aali Saiyidina Muhammad🎋

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2