Mazmumah berbeza
*Kenali Mazmumah Kita*
Jika seseorang itu tidak takutkan Allah,
Mazmumah-mazmumah nafsu pun terserlah macam lahar gunung berapi muntah.
Bahkan setengah orang berbangga dengan mazmumah.
Cuma satu sama lain mazmumah yang terserlah tidak sama mengikut kedudukan.
Jika ulama mazmumah yang terserlah dengki, sombong dan pemarah.
Kalau para-para penyanyi lain pula riyak dan megah, nama dan glamor mazmumah utama mereka.
Sekiranya kaya, sombong, tamak, bakhil, megah, hidup nafsi-nafsi pula.
Jika dia pemimpin sombong, menzalim, pantang dicabar.
Jangan ditegur, kalau ada saingan dengki pun tiba.
Kalau ada kuasa akan diusahakan tuduhan untuk munasabah ditangkap dan dipenjara saingannya.
Jika perempuan, terutama yang muda remaja lain pula mazmumah yang terserlah.
Suka bersolek dan bercantik-cantik, menunjuk-nunjuk, malu pun hilang,
suka keluar rumah dan berfoya-foya.
Ramai orang laki-laki dirosakkannya.
Setidak-tidaknya laki-laki mata keranjang bertambah matanya liar memandang dengan rakus.
Jika dia golongan miskin, atau rakyat bawahan rendah diri yang datang.
Malu hendak bergaul dengan orang kerana kekurangan.
Sekiranya sasterawan penyakit syok-syok sendiri pun datang, mabuk rasa yang bukan rasa bertuhan yang bertakhta.
Lalai dengan kata-kata dan bahasa.
Sampai ke tua satu kemajuan pun tidak ada.
Orang orang ramai yang tidak bertaqwa macam mereka memuja-muja,
menyanjung-nyanjung tidak tentu fasal.
Begitulah gambaran peringkat-peringkat manusia yang tidak takut Tuhan.
Hidup tanpa rasa bertuhan, tidak ada tujuan selepas itu mati terkejut dengan kehidupan yang baru yang selama hidup tidak difikirkan.
Comments
Post a Comment