Jauhi perkara lagho

*BUAT MASYARAKAT MALAYSIA KHUSUSNYA WANITA MUSLIMAH*

Muzik dan nyanyian adalah salah satu daripada senjata ampuh iblis syaitan melalaikan manusia daripada mengingati Allah.

Di zaman viral memviral ni, mudah sungguh kita dipengaruhi dengan perkara lagho. Sifat malu sudah tercabut dari diri muslimah. Pakai tudung, pakai baju kurung pun berpanama dance bagai.

Mana-mana yang trending pasti diikuti. Daripada Gyomi, Poco-poco, Gangnam style, desposito, dan yang terbaru Panama Dance. Habis diikuti hingga ke sekolah kerajaan, hospital dan agensi-agensi kerajaan. Seolah-olah ia tiada hukum halal haram.

Benarlah apa yang dikatakan Nabi sallallahu alaihi wasallam:

إن مما أدرك الناس من كلام النبوة الأولى إذا لم تستح فاصنع ما شئت

"Sesungguhnya sebahagian daripada apa yang manusia dapat daripada perkataan kenabian terdahulu, sekiranya kamu tidak malu, maka buatlah apa sahaja yang kamu mahu."

Wallahu a'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2