Amalan bersugi

Siwak / Bersugi

Sangat diberi keutamaan oleh Baginda saw. Namun dlm suasana zaman perlekeh Islam perlu jaga Tertib & Akhlak bersugi.

Senarai panjang keutamaannya , yg penting :
1.  Mudah mengucap kalimah Toyyibah saat nazak dan mati , ini indicate jaminan syurga (mahfum hadith)
2.  Amat dibenci syaitan , sering lupakan kita mengamalkan bersugi atau membawa bersama.
3.  Amalan sugi meningkatkan gandaan pahala solah
4.  Menguatkan INGATAN
5.  Petah bercakap hatta anak gagap (pengalaman Tn Guru gagap masa kecil)
6.  Memutihkan gigi & gusi kuat
7.   Menghilangkan bau mulut
8.  Amalan Sunnah yg sgt bernilai

Panjang yg dianjurkan Sunnah - tidak lebih sejengkal , tidak kurang dari lebar 4 jari

Cara pegang - jari kelingking dan ibujari dibawah , 3 jari di atas. Gosok mulai turutan kanan atas ➡ bawah , kiri atas ➡ bawah. Diikuti gosok lidah dari atas ke bawah.

Ada 5 hukum bersugi - Sunat - Wajib - Makruh - Harus - Haram

a) Sunat - byk sebabnya ada yg muakad eg ketika nak wudu’ , solah , masuk rumah , masuk masjid, bertemu orang/tetamu
b) Wajib - a) kerana najis dlm mulut eg utk buangkan sisa muntah celah gigi b) bau mulut kerana makanan tertentu yg mengganggu rakan2 jemaah solah eg rokok , bawang dll c) nazar
c) Makruh - Tergelincir matahari pd waktu berpuasa
d) Harus - pada kebanyakan masa
e) Haram - Guna kayu sugi / berus gigi org lain TANPA IZIN

Ada 6 level keutamaan alat sugi :
a) Kayu araq lembap - simpan dlm plastik atau celup bekas berair
b) Kayu araq kering
c) Pelepah tamar
d) Dahan Zaitun
e) Ranting pohon yg wangi
f) Sebarang bahan kesat , kain selepang , lengan baju , berus gigi. Jari sendiri tak dikira bersugi.

Sebagai menjaga adab , tertib & akhlak
⁃ simpan kayu sugi dlm poket , cover plasticnya , jgn tersembul berselirat di poket baju atas
⁃ Ketika bersugi tunduk atau berpaling dari org ramai. Malah ada ulamak yg gunakan tangan kiri hadang mulut ketika bersugi.
⁃ Para Sahabat r.hu ada yg letak kayu sugi atas telinga kiri
⁃ Org yg tahu kebesaran sugi sentiasa sedia beberapa batang dan bekas sugi di beberapa tpt di rumah , kenderaan atau pejabat.

Ustaz selit beberapa peringatan :
1. Amalan kutip & makan makanan yg jatuh atas sufrah  , InsyaAllah dianugerah anak yg bijak (ada pendapat ia murahkan rezeki)
2. Nabi tak pernah makan atas meja , baginda makan dibawah tp dibentang sufrah sebagai lapik dari lantai /tanah. Namun tidak salah makan di meja mengikut amalan setempat. Zaman dulu org Rome/Parsi makan di meja sebagai simbol mewah & hebat. Org badwi plk terus makan atas tanah tanpa sufrah. Baginda suka diperantara tanpa guna pinggan2 kecil. Seringkali dlm talam menandakan tidak byk menu juadah
3. Perasaan kita lebih baik dari orang serta pandangan dan merasa rendah / jijik terhadap org lain adalah suatu dosa yg kita sering abaikan.
4. Tatkala masuk Rejab , bersedia hadapi Ramadhan dgn kurangi dosa dan tambah amal soleh.

SEMOGA KITA GIAT AMALKAN BERSUGI DGN ISTIQAMAH SEBAGAI ABDI ALLAH & SUNNAH

Masjidusalam
Tambak Bunga
23/3/18

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2