Amalan menjelang malam

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Amalan Menjelang Malam*

عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا اسْتَجْنَحَ اللَّيْلُ أَوْ قَالَ جُنْحُ اللَّيْلِ فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ تَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ فَإِذَا ذَهَبَ سَاعَةٌ مِنْ الْعِشَاءِ فَخَلُّوهُمْ وَأَغْلِقْ بَابَكَ وَاذْكُرْ اسْمَ اللَّهِ وَأَطْفِئْ مِصْبَاحَكَ وَاذْكُرْ اسْمَ اللَّهِ وَأَوْكِ سِقَاءَكَ وَاذْكُرْ اسْمَ اللَّهِ وَخَمِّرْ إِنَاءَكَ وَاذْكُرْ اسْمَ اللَّهِ وَلَوْ تَعْرُضُ عَلَيْهِ شَيْئًا

_*Dari Jabir RA dari Nabi SAW bersabda: "Apabla menjelang malam ketika terbenamnya matahari, maka cegahlah kanak-kanak kalian keluar rumah kerana pada ketika itu syaitan sedang berkeliaran. Jika telah berlalu beberapa ketika daripada waktu  isyak, bolehlah kalian tidurkan anak-anak kalian dan tutuplah pintu rumah kalian dan sebutlah nama Allah dan padamkanlah lampu-lampu rumah kamu dan sebutlah nama Allah dan tutup tempat minum serta tutup pula bekas (tempat makanan) kamu dan sebutlah nama Allah padanya, walaupun kamu hanya sekedar melintangkan sesuatu di atasnya".*_ (HR Bukhari No: 3038) Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*

1.  Rasulullah SAW melarang kanak-kanak keluar berkeliaran atau bermain apabila menjelang waktu senja kerana syaitan dan jin berkeliaran pada waktu tersebut dan boleh menganggu kanak-kanak atau bayi.

2.  Perintah menutup dan mengunci pintu rumah di waktu malam agar rumah tidak dimasuki sebarang binatang buas dan berbisa juga penceroboh berupa pencuri, penjenayah dan sebagainya.

3.  Rasulullah memerintah agar menutup bekas minuman dan makanan bertujuan agar makanan yang berbaki dapat dijauhi daripada debu, kotoran atau dimasuki sesuatu yang boleh mencemarkan minuman dan makanan tersebut.

4.  Perintah menutup pintu, tempat minuman dan makanan dengan menyebut nama Allah tidak lain dari memohon perlindungan kepada Allah yang menjaga dan memelihara makhluk.

*Pastikan anak-anak kita telah pulang kerumah sebelum masuknya waktu maghrib atau bagi anak lelaki, dapat bersama ke masjid.*

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

15hb Mac  2018
27hb Jamadil Akhir 1439H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2