Kuliah maghrib 22 Mac 2018

Kuliah Maghrib Khas
Syeikh Yusoff Riq Muhyidin
Masjid Taman Selasih
22/3/2018

Nabi saw bersabda : Ambil lah dari pada aku akan amalan dan praktikal serta ikut akan semua perbuatan ku

Org Alim ialah mereka yg mengamalkan akan ilmu yg mereka ketahui: kata Imam Malik

Sesiapa yg mengaku ia seorang yg Alim maka bermulalah kejahilannya: kata ulama .

A) kenapakah banyak diceritakan akan Keramat dikalangan Para auliya berbanding Para sahabat
Jawapan ;
Menyandarkan kpd Imam Tajuddin As Sukhi dan disandarkan kpd Imam Ahmad B Hambal yaitu Para sahabat keimanan mereka Sangat Kita dan tidak memerlukan keramat lagi utk memberikan kekuatan kpd mereka dan mereka bersama Tuan kpd keramat semua sekali iaitu bersama Nabi saw dan semasa itu wahyu Turun dan berlakunya perlbagai mukjjzat dan mukjizat yg paling agong ialah bersama dgn Nabi saw .
Keramat berlaku dikalangan mereka yg lemah iman dan utk menolong mereka .
Dan Ada yg Dibukankan hijab dan langsung dan makrifat mereka Begitu hebat .

Kenapa apabila Kita Sakit , Kita berjumpa doctor Dan Apa sahaja Doktor menyatakan tentang penyakit Kita yakin dan percaya tetapi apabila ulama berkata dan memberikan nasihay , payah utk kita ikuti.

Berilah nikmat syurga kpd sesiapa yg Kau ingini dan azablah sesiapa yg Kau kehendaki, cukup Bagi aku akan Engkau Ya Allah : kata wali Allah  Rabiatul Adawiyah

Ada org sayang kpd Kita sebab Kita dan Ada org sayang Kita kerana ada perkara yg inginkan dan harapkan sesuatu dari Kita . Begitu juga dgn Allah , adakah Kita buat amalan dan harapkan sesuatu

Antara doa
Ya Allah aku  pohonkan RedhaMu Dan syurga Mu .

Soalan , Dunia , syurga , neraka adakah mahkuk Allah atau sebalikmya ?
Semua itu mahkluk Allah ,.. kenapa Kita sibuk dengan Hadiah dan Pemberian dan lupa dengan Yang Pemberi Hadiah .

Pengertian Keramat Bukan terhenti dgn Keramat seperti berjalan Atas air dan tetapi Keramat yg sebenarnya ialah mengenalkan akan Allah swt .

Mari Kita lihat akan Apa yg terjadi kpd Syaidina Abu Bakar dan Abu jahal ketika terjadi peristiwa Isra Dan Mikraj , Abu jahal bertanya kpd Syaidina Abu Bakar Apa kata kamu Wahai  Abu Bakar ? Kata Syaidina Abu Bakar , andaikata itu kata Nabi saw , kami percaya dan yakin kerana Baginda ialah seorang yg mendapat mukjizat dari Allah swt .

Dan Syeikh jelaskan ibadat itu diambil sebagai ibadat bila mempunyai Mahabbah kpd Allah Dan Mahabbah kpd Nabi saw .

Dan mereka yg memohon akan Keramat seperti  mereka yg Sakit dan mereka yg tidak memerlukan keramah seperti mereka yg sihat .

Apa makna pengertian tiada atau Adam ?
Maknanya
Pemahaman tentang tiada Di dunia tetapi pada Ilmu Allah Kita semua sudah berada dan bila sampai masa Kita utk berada Di dunia maka Kita dimunculkan Di Alam ini .
Begitu juga apabila Allah tanyakan kpd Kita seperti firman Allah
بِسْم الله الر حمن الر حيم
وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا۟ بَلَىٰ شَهِدْنَآ أَن تَقُولُوا۟ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَٰفِلِينَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

And when Your Lord summoned the descendants of Adam, and made them testify about themselves. “Am I not your Lord?” They said, “Yes, we testify.” Thus you cannot say on the Day of Resurrection, “We were unaware of this.”

[Surah Al A’raf 7:172]

Di dalam Ayah surah Al - A’raf ini Allah bertanya bukan kah Aku Tuhan kamu , bukan kah Aku Kekasih kamu , semua kita mengaku Bahawa Allah ialah Tuhan dan Kekasih Kita .
Dan kenapa Allah letakkan Kita Di dunia yg penuh dengan kehinaan ini ialah untuk membuktikan bahawa apa yg Kita Katakan bahawa Allah ialah Kekasih dan Tuhan dengan secara praktikal dan bukan Kita sibuk dengan Apa yang Allah berikan dan Kurniakan .
Bukan mengharapkan Apa apa balasan dan sifat benar dan jujur dlm jalan kita menuju Allah.

Tubuh badan seperti sebuah kotak yg menyimpan berlian , adakah Kita akan ambil kotak sahaja tetapi tidak mahu ambil berlian didalam kotak
Kita tumpuan kepada Bekas kotak dan lupakan berlian didalam bekas kotak .

بِسْم الله الر حمن الر حيم
وَيَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلرُّوحِ قُلِ ٱلرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّى وَمَآ أُوتِيتُم مِّنَ ٱلْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".

And they ask you about the Spirit. Say, “The Spirit belongs to the domain of my Lord; and you were given only little knowledge.”

[Surah al Isra 17:85]

Kita selalu menjaga yg luaran dan tidak memikirkan yg dalaman yakni sila berkaitan roh .

Org yg rugi dan muflis ialah mereka yg tidak menjaga Hubungan dengan Allah

بِسْم الله الر حمن الر حيم
يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,
The Day when neither wealth nor children will help.

إِلَّا مَنْ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

"Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);
Except for him who comes to Allah with a sound heart.”

[Surah As Shu’ara 26:88&89]

Betulkan niat Kita dan tidurlah di mana sahaja Kita kehendaki Di dunia ini : Syair Arab

Nabi saw , Allah swt berfirman :
“Wahai hamba-Ku, andai seluruh manusia dan jin dari yang paling awal samapi yang paling akhir, seluruhnya menjadi orang yang paling bertaqwa, hal itu sedikitpun tidak menambah kekuasaan-Ku. Wahai hamba-Ku, andai seluruh manusia dan jin dari yang paling awal sampai yang paling akhir, seluruhnya menjadi orang yang paling bermaksiat, hal itu sedikitpun tidak mengurangi kekuasaan-Ku” (HR. Muslim, no.2577)

Dlm setiap perkahwinan , Ada tanggungjawab selepas setiap perkahwinan dan kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti dan menanggung tanggungjawab yg besar seperti mana Kalau org pergi memancing , diletakkan umpan bersama mata kail supaya mendapat ikan .

Antara ujian yg Allah berikan ialah berapa berat tanggungjawab dlm sebuah perkahwinan utk membenarkan Kita sebagai hamba .

Kamu lah Maksud Tujuan Ya Allah dan Redha Mu yang kami cari .

Maka tidak diam dan gerak mahkluk kecuali dengan ketentuan Allah swt
فَلَمْ تَقْتُلُوهُمْ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ قَتَلَهُمْ وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ رَمَىٰ وَلِيُبْلِىَ ٱلْمُؤْمِنِينَ مِنْهُ بَلَآءً حَسَنًا إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

It was not you who killed them, but it was Allah who killed them. And it was not you who launched when you launched, but it was Allah who launched. That He may bestow upon the believers an excellent reward. Allah is Hearing and Knowing.

[Surah Al Anfal 8:17]

Adakah persediaan Kita utk bertemu Allah swt nanti . Adakah Kita tetap menjadi hamba dan Kekasih kpd Allah .

Semoga kita tetap menjadi Kekasih Allah dan hanya memberikan tumpuan kpd Allah dan tidak tertipu dengan harta benda dan dunia .

Wallahu A’Lam

#fromtheheart
#akusukamu

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2