Menjiwai al quran
السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV9(Da'i Hakim&Ustaz Mohd Asraff Ayob)
*MENJIWAI AL~QURAN*
••••••••••••••••••••••••••••••••••
Kata para ulamak,apabila kita mencari ilmu,carilah ilmu yg kenalkan kita pada Allah dan ilmu yg buka hati kita utk cinta Allah dan sayang Rasulullah.
Menjiwai bermaksud ketika membaca Al~Quran bukan hanya pada fikiran tapi baca juga dgn perasaan.
Hanya org yg banyak iman bila baca tentang peringatan Allah,hati rasa gementar dan makin baca Al~Quran makin dekat dgn Allah.
ADA ORG KETIKA KECIL BERSUNGGUH~SUNGGUH BACA AL~QURAN,BILA DEWASA TAK SENTUH PUN AL~QURAN KERANA SIBUK DGN DUNIA,APAKAH INI TANDA TIDAK MEMJIWAI AL~QURAN DAN APAKAH AKIBATNYA?
Ya..Ini mungkin salah satu tanda tak menjiwai Al~Quran.
Org yg menjiwai Al~Quran,walau sibuk macamana sekali pun akan sentiasa ada masa dgn Al~Quran.
Allah kata nanti akan ada kaum Aku(umat islam)berhijrah dgn Al~Quran(sekadar baca dikerongkong sahaja)dan tak amalkan apa yg ada dalam Al~Quran.
Inilah kita manusia di akhir zaman.
KADANG² KITA BACA AL~QURAN DAN TERASA SEBAK PADAHAL TAK FAHAM PUN MAKSUDNYA,APAKAH INI TANDA MENJIWAI AL~QURAN?
Ya..Ini tanda² level pertama menjiwai Al~Quran.
Yg dikatakan menjiwai yg sebenar~benarnya apabila kita mengamalkan perintah dalam Al~Quran.
MENJIWAI AL~QURAN IALAH BACA DGN TAJWID,TADABUR,TAFSIR.
TAFSIR UTK MEMANDU KEFAHAMAN.
TADABUR IALAH UTK MELETAKKAN AYAT AL~QURAN DALAM KEHIDUPAN KITA.
SURAH AL~TAUBAH TAK ADA بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم KALAU TERBACA بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ,APAKAH BERDOSA?
Semua surah ada بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم kecuali surah Al~Taubah.
Ini kerana surah Al~Taubah banyak menceritakan kemarahan Allah,pengkhianatan org kafir,pergkhianatan org munafik.
Isi kandungannya serius dan banyak cerita tentang neraka.
Inilah menjadi penyebab tak ada بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم.
Kerana بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم utk kasih sayang.
Jika terbaca tak dianggap dosa kerana TERBACA bermaksud tak sengaja.
AL~QURAN ADALAH PENAWAR DAN DGN INGAT ALLAH HATI JADI TENANG. RAMAI YG BACA AL~QURAN TAPI HATI TAK TENANG KENAPA JADI MACAM NI?
Org yg tenang ketika baca Al~Quran ialah org yg benar² percaya pada Al~Quran dan dia merupakan org yg suka buat baik pada org.
Beriman bukan dari mulut tapi beriman bermula dari tindakkan.
BACALAH AL~QURAN KETIKA SENANG DAN SUSAH.
IBU² YG BELAJAR IQRA BOLEHKAN BACA KETIKA UZUR(haid)?
Mereka yg sedang uzur tak dibenarkan baca Al~Quran.
Ulamak membenarkan wanita yg uzur baca Al~Quran dgn tujuan pembelajaran(cth sedang exam)
BENARKAH MEMBACA SURAH AL~MULK AKAN KURANGKAN SIKSA KUBUR DAN BACA SURAH AL~WAQIAH AKAN DIMURAHKAN REZEKI?
Ya,memang benar ada hadis mengatakan baca surah Al~Mulk akan menjadi pembantu di dalam kubur.
Surah Al~Waqiah boleh menjemput rezeki tapi hadis ini hadis yg lemah.
Allah kata nak hidup berkat dan bertambah rezeki jadilah org yg beriman dan bertaqwa dgn sebetul~betul taqwa.
Org yg bertaqwa dan beriman tak akan rasa takut dgn rezeki kerana Allah yg tentukan rezeki.
ORG YG JAGA TUHAN,TUHAN AKAN JAGA DIA.
Kita tak perlu risau tentang rezeki kerana rezeki kita telah dijamin oleh Allah.
Yg kita perlu risau ialah tentang amalan atau kewajiban kita(buat solat jemaah atau tidak,ikhlas atau tidak)
NAK MURAH REZEKI JADILAH ORG YG BERIMAN DAN BERTAQWA.
ADAKAH PERLU KITA JADIKAN AL~QURAN SEPERTI HIDANGAN SETIAP HARI?
Ya,memang hadis mengatakan Al~Quran adalah hidangan dan santapan dari Allah.
Kalau kita nampak Al~Quran sebagai hidangan kita akan mengambil masa lama utk membaca Al~Quran dan baca semua surah.
RAMAI IBUBAPA HANTAR ANAK² KE SEKOLAH TAHFIZ DAN TAK SEMUA BERJAYA KERANA IBUBAPA TAK SEIRING DGN PERJUANGAN ANAK YG BERSEKOAH TAHFIZ?
Ada yg berjaya sebagai tahfiz dan ada yg kecundang.
Kita tak nak tengok kelemahan sesiapa.
Kita boleh muhasabah.
Ada ibubapa hantar anak² ke sekolah tahfiz supaya anaknya jadi baik.
Selain nak jadi anak baik,kita niatkan hantar anak ke sekolah tahfiz supaya anak boleh membaiki org lain(cth jadi ulamak)
Ulamak ialah org yg betul² takut pada Allah.
Sebagai pelajar perlu berusaha memahami Al~Quran.
MACAMANA NAK MENJIWAI AL~QURAN(cth kita faham makna,jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka)APAKAH DGN CARA KITA MENASIHATI KELUARGA KITA ITU TANDA KITA SUDAH MENJIWAI AL~QURAN DAN APAKAH KITA AJAR ALIF BA TA PADA ANAK² KITA AKAN DAPAT PAHALA?
Tugas kita sebagai ibubapa lindungi diri kita dan ahli keluarga dari api neraka.
Dari sudut ayat itu,kita perhatikan anak kita dah kenal Allah atau tidak,dah solat atau tidak,dah tutup aurat atau tidak,ini yg menjadi kerisauan.
BERILMU TANPA BERAMAL TANDA KITA MASIH BELUM MENJIWAI AL~QURAN.
Yg paling kita takut kita yg banyak tahu dan banyak tanggungjawab akan ditanya nanti.
Ajar anak Alif,ba ta akan dapat juga pahala.
MANA KITA NAK DAHULUKAN BACA AL~QURAN,FAHAM,AMAL?
Sambil kita baca kita fahamkan dan terus amalkan.
Sahabat² baca 10 ayat,faham dan terus amal.
Kita start dgn surah Al~fatihah.
Tanda org bersyukur ialah dia tak mengeluh.
Kita sayang Allah atau tidak.
Org yg sayang Allah mesti nak jumpa Allah(bangun solat malam)
KITA RAJIN BACA AL~QURAN KETIKA RAMADAN DAN BAGAIMANA NAK AMALKAN AL~QURAN BERTERUSAN SELEPAS RAMADAN?
Bulan Ramadan bulan diturunkan Al~Quran dan bulan cas balik keimanan.
Belajar luruskan niat.
Ya Allah bantu dan bimbing saya nak baca Al~Quran dalam bulan Ramadan hingga selepas Ramadan.
ADA ORG HANYA BACA SURAH YASIN SAHAJA DAN TAJWIDNYA PUN TAK BETUL SERTA TAK NAK BELAJAR SURAH LAIN,BAGAIMANA USTAZ?
Kita adalah dai.
Kita mengajak bukan menghukum.
Jika kita nampak org macam tu,kita belikan dia buku tajwid beri pada dia atau ajak dia belajar dgn ustaz.
BILA ORG ITU BERUBAH,KITA PUN AKAN DAPAT PAHALA YG TAK PUTUS².
Banyakkan mengajak dari menghukum.
HIDUP KITA MESTI BERPERDOMANKAN AL~QURAN.
ORG YG BACA AL~QURAN ADA MASALAH BESAR PUN AKAN RELAKS DAN SENYUM SAHAJA.
YA ALLAH,HIDUP KAMI GELAP,TOLONG TERANGKAN KAMI DGN CAHAYA AL~QURAN.
#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru
C&p
Comments
Post a Comment