Hakikat masa
40 Cerita MAKAN..
1. Paling sedap,
Makan free..
2. Paling mahal,
Makan angin..
3. Paling pahit,
Makan hati..
4. Paling lama nak pencen,
Makan gaji..
5. Paling susah,
Makan pasir..
6. Paling celupar,
Makan penampar..
7. Paling terkesan,
Makan dalam..
8. Paling sikit,
Makan tepi..
9. Paling best,
Makan tidur makan tidur..
10. Paling bahaya,
Break tak makan..
11. Paling berdosa,
Makan rasuah..
12. Paling teruk,
Makan tuan..
13. Paling cantikkk,
Pandai makan.. pandai simpan...
14. Paling malas,
Dah makan tak pandai basuh..
15. Paling cela,
Makan yang haram..
16. Paling lama,
Makan garam..
17. Paling takut,
Makan diri..
18. Paling bosan,
Makan tahun..
19. Paling tidak terasa,
Makan usia..
20. Paling degil,
Tak makan saman..
21. Paling boring,
Makan masa..
22. Paling hina,
Makan kawan..
23. Paling bahaya,
Makan jalan..
24. Paling baik,
Kena bagi makan..
25. Paling comel,
Tak makan tua..
26. Paling benggang,
Dah pancing tak makan²..
27. Paling kecewa,
Harap pagar, pagar makan padi..
28. Paling derita,
Pantang makan..
29. Paling risau,
Budak² tak mahu makan..
30. Paling sibuk,
Cari makan..
31. Paling sopan,
Makan beradab..
32. Paling kerap,
Salah makan..
33. Paling tak jujur,
Makan hak orang..
34. Paling engkar,
Curi² makan..
35. Paling seronok,
Makan kenduri..
36. Paling diingat,
Jaga makan..
37. Paling tak sihat,
Makan tak pantang..
38. Paling sihat,
Makan bila lapar..
39. Paling mulia,
Makan nasihat..
40. Paling akhir,
Makan kena orang tolong suapkan..
😆😅😂😎..
Comments
Post a Comment