Beza syaitan dan iblis

🔴apa beza syaitan dan iblis?

🔵Syaitan

Untuk memahami syaitan, satu prinsip yang harus kita pegang: Jin itu makhluk dan syaitan itu sifat. Kerana syaitan itu sifat, maka dia melekat pada makhluk dan bukan berdiri sendiri.

Syaitan adalah sifat untuk menyebut setiap makhluk yang jahat, membangkang, tidak taat, suka membelot, suka maksiat, suka melawan aturan, atau semacamnya.

Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar kata:

الشيطان في لغة العرب يطلق على كل عاد متمرد

“Syaitan dalam bahasa Arab digunakan untuk menyebut setiap makhluk yang menentang dan membangkang.” (Alamul Jinni was Syayathin, Hal. 16).

Dinamakan syaitan, dari perkataan; syutun (Arab: شطون) yang ertinya jauh. Kerana syaitan dijauhkan dari rahmat Allah. (Al-Mu’jam Al-Wasith, kata: الشيطان)

Kembali pada keterangan sebelumnya, kerana syaitan itu sifat maka perkataan ini boleh melekat pada diri manusia dan jin.

Sebagaimana penjelasan Allah Subhanahu wa Ta’ala bahawa ada syaitan dari golongan jin dan manusia.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, setelah menjelaskan sifat-sifat syaitan:

مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ

“(syaitan yang membisikkan itu) dari golongan jin dan mausia.” (An-Nas: 6).

Iblis

Siapakah iblis? Iblis adalah nama salah satu jin yang menjadi ketua para pembangkang. Dalil bahawa iblis dari golongan jin adalah firman Allah:

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ

“Ingatlah ketika Kami berkata kepada para maialakat, ‘Sujudlah kallian kepada Adam!’ maka mereka semuapun sujud kecuali Iblis. Dia dari golongan jin dan membangkang dari perintah Allah.” ( Al-Kahfi: 50)

Iblis juga memiliki keturunan, sebagaimana umumnya jin lainnya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ

“Iblis itu dari golongan jin, dan dia membangkang terhadap perintah Rab-nya. Akankah kalian menjadikan dia dan keturunannya sebagai kekasih selain Aku, padahal mereka adalah musuh bagi kalian…” ( Al-Kahfi: 50)

Wallahu a’lam

N.A.A

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2