Dosa wanita
Ummi dalam perjalanan ke Melaka.
Hujan turun renyai-renyai, langit mendung gelap.
Sayu je lihat persekitaran.
Teringat kelas pagi tadi.
Kita cerita tentang rahsia Asmaulhusna dalam menjadi hamba yang bertaubat lagi bersyukur atas nikmat Allah.
Jari ini laju sahaja tekan israk mikraj tentang wanita.
Kan semasa peristiwa itu Rasulullah telah lihat dan menyaksikan neraka dan penghuni neraka.
Sesungguhnya ahli neraka itu ramai wanita dan orang kaya ditahan masuk syurga kerana dihisab.
Paling best yang ramai masuk syurga orang miskin.
Setelah peristiwa itu, Rasulluah menangis mengenangkan ramai yang diazab neraka.
Jadi inilah hasil tangkapan MokCikGebus untuk kalian, meh baca nota dari Rasulullah s.a.w.
.
#Ramai_Perempuan_Penghuni_Neraka
Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab.
Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”
Mengapa Rasulullah menangis ?
Mereka bertanya kepada Baginda SAW:
“Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?”
Baginda SAW menjawab: “Pada malam aku di Israk ke langit, aku melihat orang sedang mengalami pelbagai penyeksaan, apabila teringatkan mereka aku menangis.”
Rasulullah SAW dengan keadaan teresak-esak menceritakan pengalaman Baginda menyaksikan balasan azab dahsyat terhadap kebanyakkan golongan wanita ketika Israk Mikraj kepada Saidina Ali dan Fatimah r.a.:
1. Perempuan digantung rambutnya dan otak kepalanya menggelegak disebabkan tidak menutup rambut daripada kalangan lelaki dan bukan muhrimnya.
2. Perempuan digantung lidahnya, dijadikan lidahnya sepanjang 70 zira’ (hasta) kemudian diikat di belakang tengkoknya, tangannya diikatkan ke belakang dan timah cair dicurah ke kerongkongnya (tekak), akibat daripada menggunakan mulutnya (kata-kata) untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.
3. Perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggung sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya.
4. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing dan bersolek serta berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.
5. Perempuan yang digantung sambil kedua kakinya dan tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala jengking kepadanya; disebabkan ia boleh solat tetapi tidak mengerjakannya dan keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.
6. Perempuan yang memakan dagingnya sendiri dan di bawahnya dinyalakan api neraka; disebabkan tidak mahu mandi wajib daripada suci haid dan nifas.
7. Perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya (ususnya) sendiri. kerana ia suka berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka membicakan keaiban dan mengumpat orang.
8. Perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, darah dan otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kulit, kusta dan sopak; adalah akibat daripada dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwuduk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
9. Perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar (keldai) dan mendapat berbagai kesengsaraan; disebabkan dia suka berbohong dan melaga-lagakan orang lain.
10. Perempuan yang rupanya seperti anjing, sementara kala dan ular masuk ke mulut, kemaluan dan duburnya. Malaikat memukulnya dengan corong api neraka; disebabkan dia suka membuat fitnah dan marah-marah serta membenci suaminya.
11. Kebanyakan ahli neraka adalah perempuan kerana mereka mengingkari suaminya dan mengkufurkan ihsannya serta mereka sering rasa tidak berpuas hati dan tidak cukup walaupun suaminya telah banyak berbuat baik kepadanya.
.
Rasulullah SAW bersabda lagi: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pe
Comments
Post a Comment