Apabila Allah cinta pada kita

*Apabila Allah Cinta Pada Kita*

Abu Hurairah radiallahu 'anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إذا أحبَّ اللَّهُ العبدَ نادى جِبريلَ :
Apabila Allah Mencintai seseorang, Dia akan memanggil Jibril (lalu berfirman):

إنَّ اللَّهَ يُحبُّ فُلانًا فأحِبَّهُ ، فَيُحِبُّهُ جِبريلُ ،
"Sesungguhnya Allah Mencintai si fulan. Hendaklah engkau mencintainya". Lalu malaikat Jibril mencintai orang itu.

فينادي جبريلُ في أَهلِ السَّماءِ : إنَّ اللَّهَ يُحِبُّ فُلانًا فأحبُّوهُ ،
Lalu Jibril menyeru pula penghuni langit: "Sesungguhnya Allah Mencintai si fulan, hendaklah kalian mencintainya".

فَيُحبُّهُ أَهلُ السَّماءِ ، ثُمَّ يوضَعُ لَه القَبولُ في أَهلِ الأرضِ
Lalu penghuni langit pun mencintainya, dan kemudian perasaan menerima (cinta) terhadapnya akan diletakkan pula pada penghuni bumi.

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no : 6040]

Dalam riwayat Imam Muslim:

إنَّ اللهَ ، إذا أحبَّ عبدًا ، دعا جبريلَ فقال : إنِّي أحبُّ فلانًا فأحِبَّه .
Sesungguhnya Allah apabila Mencintai seseorang, Dia akan Memanggil Jibril dan berkata: Sesungguhnya Aku Mencintai si fulan, cintailah dia.

قال فيُحبُّه جبريلُ . ثمَّ يُنادي في السَّماءِ فيقولُ : إنَّ اللهَ يُحبُّ فلانًا فأحِبُّوه . فيُحبُّه أهلُ السَّماءِ .
Lalu Jibril mencintai orang itu, kemudian Jibril menyeru pula penduduk langit: Sesungguhnya Allah Mencintai si fulan. Cintailah dia. Maka penghuni langit pun mencintai orang itu.

قال ثمَّ يُوضعُ له القَبولُ في الأرضِ .
kemudian perasaan menerima (cinta) terhadapnya akan diletakkan pula pada penghuni bumi.

وإذا أبغض عبدًا دعا جبريلَ فيقولُ : إنِّي أُبغِضُ فلانًا فأبغِضْه . قال فيُبغضُه جبريلُ .
Apabila Allah Membenci seseorang, Dia akan memanggil Jibril lalu berfirman: Sesungguhnya Aku Benci kepada si fulan, hendaklah engkau membenci dia. Maka Jibril pun benci kepada orang tersebut.

ثمَّ يُنادي في أهلِ السَّماءِ : إنَّ اللهَ يُبغِضُ فلانًا فأبغِضوه . قال فيُبغِضونه .
Kemudian dia menyeru penghuni langit: Sesungguhnya Allah Membenci si fulan, hendaklah kalian membencinya, lalu penghuni langit pun membencinya.

ثمَّ تُوضعُ له البغضاءُ في الأرضِ
Kemudian, perasaan benci itu diletakkan pula pada penghuni bumi.

[Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab : 2637]

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2