Apa nak buat bila mimpi buruk
Assalamualaikum wbt
*•APA YANG HARUS DILAKUKAN JIKA BERMIMPI BURUK?•*
l-Imam Muhammad bin Sirin rahimahullah berkata,
اتق الله في اليقظة ولا تبال بما رأيت في المنام
"Bertaqwa lah pada Allah ketika terjaga, dan jangan pedulikan apa yang engkau lihat dalam mimpi." [Az-Zuhd lil Imam Ahmad: 49]
Fadhilatnya:
Ketika mimpi buruk ada beberapa hal yang harus dilakukan, sebagaimana disebutkan dalam beberapa hadith Iaitu:
1: Meludah ke kiri sebanyak 3 kali,
2: Meminta perlindungan pada Allah dari syaithan sebanyak 3 kali,
Iaitu, mengucapkan: A'udzubillaahi minasy-syaithooni-rrojiim,
3: Meminta perlindungan dari Allah dari keburukkan mimpi tersebut,
4: Ganti keadaan tidur,
5: Lebih baik lagi bangun dan melakukan sholat sunnah,
6: Tidak menceritakan mimpi tersebut pada siapa pun,
7: Tidak boleh ditafsirkan tanpa ilmu,
8: Yang terpenting: Bertaqwa pada Allah ta'ala ketika terjaga, kerana orang yang bertaqwa akan dilindungi dan ditolong oleh Allah 'azza wa jalla🌴🎋sentiasa mencari keredhaan Allah
Comments
Post a Comment