Merenung ke dalam diri
Assalamualaikum dan Selamat Pagi
ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺻﻠﻰ ﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣﺤﻤﺪ ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻟﻪ ﻭﺍﺻﺤﺎﺑﻪ ﻭﺳﻠﻢ
Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya
Perbaikilah HATI. Hati yang baik adalah harapan untuk ke syurga.
KITA TIDAK MAMPU MENGUBAH PERISTIWA SEMALAM TETAPI KITA MAMPU MEMULAKAN PERISTIWA BARU UNTUK HARI INI DAN ESOK YANG MENDATANG...
Dalam beratnya langkah yang ingin aku hayun untuk menuju tuhan. Aku sedar , tidak wujud jalan yang senang. Biar dipanah petir yang membakar, genggamlah agamamu...
Sehingga ia menjadi bara api.
Kerana api di dunia hanya membakar sementara tak terbanding api di akhirat sana.
Kesakitan, kesedihan dan kesusahan adalah penting kerana ia adalah untuk membimbing kita supaya kita meredhai agar dapat merasa jalan menujunya amatlah indah...
Selepas hujan pasti muncul pelangi.
Selepas penderitaan ️pasti adanya sinar kebahagiaan.
Teringat pesanan Saidina Uthman Ibn Affan :
"Risau dengan dunia, adalah kegelapan bagi hati. Manakala risau dengan akhirat, adalah cahaya bagi hati"
Wahai JIWA2 yang TENANG...
SENYUM....
ﺭَﺏِّ ﺍﻏْﻔِﺮْ ﻟِﻲْ ﻭَﻟِﻮَﺍﻟِﺪَﻱَّ ﻭَﺍﺭْﺣَﻤْﻬُﻤَﺎ ﻛَﻤَﺎ ﺭَﺑَّﻴَﺎﻧِﻲْ ﺻَﻐِﻴْﺮًﺍ
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.
AllahummaSolliAlaSayyidinaMuhammad
# MuhasabahDiri
ﺳﺒﺤﺎﻥ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ ﻻ ﺍﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ
ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻛﺒﺮ
Comments
Post a Comment