Solat batal?

BOLEH BATAL SOLAT KERANA MENGUAP, BATUK DAN BERSIN

(Antara point penting kuliah Ustaz Kpt Mawardi Di Surau Ar Rahman, Kg Tempurung)

Solat boleh jadi BATAL dan TIDAK SAH apabila menguap, batuk dan bersin ketika rukun qauli.

Sebagai ingatan, terdapat 5 rukun qauli dalam solat iaitu takbiratul ihram, fatehah, tasyahud akhir, selawat ke atas Nabi dalam tasyahud akhir dan salam ke kanan.

Keadaan ini hukumnya demikian sekiranya seseorang itu tidak mengulang semula bacaan atau ayat ketika menguap, batuk dan bersin. Ini adalah kerana ketika menguap, batuk dan bersin,bacaan kita terputus. Sesiapa yang terus menyambung bacaannya dalam keadaan terputus tadi maka bacaan rukun tadi tidak sah. Maka, tidak sahlah solatnya.

Justeru, pastikan kita, isteri dan anak-anak, saudara-mara, sahabat handai dan semua muslimin dan muslimat diingatkan tentang hal ini sebagai kerja dakwah kita. Pastikan kita semua mengulang semula bacaan pada ayat yang terputus ketikamenguap, batuk dan bersin tadi.

Wallahu’alam...

@bimbinganhidup

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2