Soalan di mahkamah Allah


Pertanyaan Di Padang Mahsyar

عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَ فَعَلَ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَ أَبْلَاه

Dari Abu Barzah Al Aslami berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dua kaki seorang hamba tidak akan bergerak (pada hari kiamat) sehingga dia ditanya tentang umurnya, kemana dihabiskan, tentang ilmunya apakah yang telah dilakukan dengan ilmunya, tentang hartanya dari mana diperolehi dan kemana dibelanjakan dan tentang tubuh badannya untuk apa digunakannya” HR Tirmizi No: 2341 Status: Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap kita pada hari kiamat nanti akan dibangkitkan di Padang Mahsyar dan akan melalui pemeriksaan dan timbangan di atas amal kita semasa hidup

2.  Setiap kita akan ditanya tentang umur – kemana dihabiskan dan dimanfatkan

3.  Ilmu yang dimiliki – adakah ilmu yang bermanfaat ..adakah diamalkan....adakah disebarkan sama ada melalui lisan atau tulisan?

4.  Setiap harta yang diperoleh, adakah dengan cara yang halal atau sebaliknya?. Setiap sen yang di belanjakan juga akan ditanya kemana dan bagaimana diurus?

5.  Pada tubuh badan kita juga akan ditanya- seluruh anggota dan pancaindera yang dimiliki – kemana telah digunakan semasa di dunia

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2