Kutbah Jumaat 23 Mac 2018

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه 

*INTISARI QUTBAH JUMAAT JDT HARI INI.*

_Tarikh:_
*23 Mac 2018M*
*05 Rejab 1439H*

_Tajuk:_
*KEHIDUPAN DUNIA ADALAH UJIAN.*
              
1.  Firman Allaah Dlm Surah Al-Mulk/2 Bermaksud;"Dialah yg mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) utk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yg lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi amat pengampun (kpd orang yg bertaubat)".

2.  Ujian Allaah - perjalanan hidup kita telah diatur oleh Allaah; Allaah uji utk menilai siapakah di antara hamba2Nya yg paling baik amalnya.

3.  Ujian Kpd Manusia - bermula sejak dilahirkan ke dunia; jika seseorang dilahirkan dlm keadaan kurang sempurna fizikalnya, ibu bapanya yg merasai kepayahan; orang sekelilingnya juga sedang diuji samada merasa simpati atau sebaliknya; penilaian Allaah adalah berdasarkan sikap hamba2Nya.

4.  Ujian Demi Ujian - remaja yg sedang membesar menjadi ujian kpd ibu bapa; ujian lain spt kesusahan, kekurangan kewangan, kematian dll; ujian bebeza2 dialami oleh setiap orang.

5.  Ujian Dpd Allaah;

5.1.  Ujian Berupa Perintah - pelaksanaan ibadat solat; berpuasa di bulan Ramadan; wajib dilaksanakan walau apa jua keadaannya.

5.2.  Ujian Berbentuk Larangan Allaah - spt larangan menerima atau memberi rasuah; ujian samada berpegang kpd syariatNya atau tidak.

5.3.  Ujian Dlm Bentuk Musibah - spt berlaku bencana alam; banjir besar yg menakutkan;  kelaparan; kemusnahan harta benda; kemalangan jiwa dll.

5.4.  Ujian Berbentuk Nikmat - nikmat harta kekayaan; kesihatan; kelapangan dll; rezeki yg diperolehi ada hak utk ibubapa, isteri, anak2 juga fakir miskin; Allaah uji samada nikmat dan rezeki diguna kejalan yg di redhai atau sebaliknya.

6.  Tahap Ujian Dari Allaah - semakin kukuh keimanan seseorang, semakin berat ujian terhadapnya.

7.  Rasul SAW pernah menjawab pertanyaan Saad Abi Waqas yg bermaksud; "... siapakah yg paling berat ujiannya? Baginda menjawab: para nabi kemudian... para syuhada', para solihin. Seseorang akan diuji sesuai dgn kadar agamanya... jika agamanya lemah maka akan diuji sesuai dgn kadar kekuatan agamanya".
_HR: Ibn Majah._

8.  Hadith Baginda SAW Bermaksud; "Sesungguhnya besarnya pahala tergantung dgn besarnya ujian. Sesungguhnya apabila Allaah mencintai sesuatu kaum maka Dia mengujinya. Siapa yg redha dgn ujian itu maka ia akan mendapatkan keredhaanNya. Siapa yg membenci ujian itu maka ia akan mendapatkan kemurkaanNya ".

9.  Islam menggariskan tatacara yg boleh dijadikan panduan tatakala menghadapi ujian;

9.1.  Yakinlah bahawa Allaah memberi cobaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dlm mengharungi kehidupan.

9.2.  Yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa2 yg pernah kita lakukan.

9.3.  Yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan maka akan ada kemudahan.

9.4.  Hadapi ujian hidup dgn usaha dan doa.

10.  Firman Allaah Dlm Surah Al-Anbia'/35 Bermaksud; "Tiap2 diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dgn kesusahan dan kesenangan sbg cobaan dan kpd Kamilah kamu sekeliannya akan dikembalikan".

           باراك الله لي ولكم ...

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2