Hidayah milik Allah

*Hidayah dan Taufik Adalah Hak Tuhan*

Setiap manusia boleh berusaha.
Usaha tidak memberi bekas.
Ia hanya diperintah oleh Allah Taala.
Tapi hidayah dan taufik adalah hak Tuhan.
Ia adalah sangat berharga dan mahal.
Ia adalah rahsia Tuhan,
Dia memberi kepada sesiapa yang Dia suka.
Hasil usaha manusia dia jadi pandai.
Tapi hidayah dan taufik tidak mesti dia dapat.
Sekalipun hafaz Al Quran, Hadis di luar kepala.
Tidak semestinya dia dapat hidayah dan taufik dari Tuhan.
Menjadi orang alim boleh, tapi hidayah dan taufik hak Tuhan.
Ertinya orang alim pun belum tentu ilmunya menjadi panduan.
Siapa pun boleh menceritakan Islam.
Tapi Islam itu tidak mesti menjadi pakaiannya.
Kerana hidayah dan taufik itu tidak mesti didapati oleh orang yang boleh menceritakan.
Beberapa banyak para motivator Islam.
Hanya ia sebagai saluran mencari makan.
Namun tukang cakap tidak mesti mengamalkan.
Pensyarah Islam tidak semestinya dia Muslim.
Orang Islam pun tidak mesti mengamalkan Islam.
Memanglah hidayah dan taufik itu sangat mahal.
Penentu kebahagiaan manusia di dunia dan Akhirat.
Ia adalah hak Tuhan.
Ia adalah rahsia Tuhan kepada sesiapa sahaja boleh Dia berikan.
Oleh itu pinta hidayah dan taufik selalu kepada Tuhan.
Kerana ia adalah aset yang paling berharga untuk keselamatan insan.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2