Usah bercerita

JIWA TARBAWI 398

Cabaran dan panduan hidup di zaman langit terbuka ....

Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam bersabda,

‎كَفَى بِالْمَرْء كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

“Cukuplah seseorang dikatakan berdusta bila menceritakan segala hal yang ia dengar.”

[HR. Muslim dari Hafsh bin ‘Ashim radhiyaLlaahu’anhu]

Al Imam Muslim rahimahullah menyebutkan hadis di atas dalam Sahih beliau pada bab,

‎باب النَّهْىِ عَنِ الْحَدِيثِ بِكُلِّ مَا سَمِع
“Bab Larangan Membicarakan Semua yang Didengarkan.”

Al Imam An Nawawi rahimahullah berkata,

وَأَمَّا مَعْنَى الْحَدِيث وَالْآثَار الَّتِي فِي الْبَاب فَفِيهَا الزَّجْر عَنْ التَّحْدِيث بِكُلِّ مَا سَمِعَ الْإِنْسَان فَإِنَّهُ يَسْمَع فِي الْعَادَة الصِّدْق وَالْكَذِب ، فَإِذَا حَدَّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ فَقَدْ كَذَبَ لِإِخْبَارِهِ بِمَا لَمْ يَكُنْ

“Adapun makna hadis ini dan makna atsar-atsar yang semisalnya adalah, peringatan dari menyampaikan setiap berita yang didengarkan oleh seseorang, kerana biasanya ia mendengar khabar yang benar dan yang dusta, maka jika ia menyampaikan setiap yang ia dengar, bererti ia telah berdusta kerana  menyampaikan sesuatu yang tidak terjadi.”

[Syarh Shahih Muslim, 1/75]

Al Imam Al-Munawi rahimahullah berkata,

أي إذا لم يتثبت لأنه يسمع عادة الصدق والكذب ، فإذا حدث بكل ما سمع لا محالة يكذب

“Maksudnya adalah, jika ia tidak memastikan kebenaran suatu berita yang ia dengar (maka ia dianggap pendusta), sebab biasanya berita yang ia dengar terkadang benar dan terkadang dusta, maka jika ia menyampaikan semua yang ia dengar, ia tidak akan lepas dari kedustaan.”

[Faidhul Qodir, 5/3]

Justeru, berhati-hatilah ...

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَـٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا  ﴿الإسراء: ٣٦﴾

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.

Al Isra' : 36


ABi

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2