Apabila mati itu dekat

🌸 *Apabila Engkau Rasa Mati Itu Berada Dihadapanmu* 🌸

Maka engkau akan sentiasa memperbaiki dan mempersiapkan dirimu menuju hari kematianmu.

Solatmu yang dahulunya chulas tidak berkualiti, semakin engkau perbaiki dan perbanyakkan sehingga engkau menemui khusyuk dan kemanisannya.

Aib saudaramu yang dahulunya engkau sibukkan, kini engkau tidak punya masa melihat aib mereka lagi kerana aibmu lebih utama untuk engkau takuti dan tutupi.

Dulunya engkau sangat suka berhibur sehingga ketawamu sangat jelek didengari teman temanmu, tetapi kini hiburan yang engkau pilih hanya sekadar keperluan sahaja demi untuk memenuhi fitrah kemanusiaanmu.

Engkau mula menyayangi makhluk Allah yang lain. Kucing yang dahulunya engkau sepak kerana meminta makanan darimu, tetapi kini engkau sangat pemurah dengan membelikan mereka makanan.

Al Quran yang dahulunya engkau jadikan perhiasan di dalam almari almari perhiasan rumahmu semata mata, kini tidak lagi kerana Al Quran telah engkau jadikan sahabat paling akrab yang sangat engkau kasihi.

Oleh kerana itu betapa pentingnya engkau perlu merasakan bahawa mati itu sentiasa berada dihadapan.

Mati itu rahsia Allah. Mati itu pasti akan berlaku keatas dirimu! Engkau larilah sejauh mana kakimu mampu melangkah, mati tetap akan mendapatkanmu.

Jadilah orang yang bijak seperti kata Rasulullah SAW "orang yang bijak itu adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan melakukan persiapan untuk menghadapinya"

Jangan engkau rasa sementaranya kehidupan ini merupakan peluang engkau berbuat apa engkau suka, kerana jika itu yang engkau rasa, maka engkau pasti akan terbeliak mata kerana sengsaranya kehidupan selepas engkau di alam barzakh sana.

Beringat ingatlah!

*Muhasabah Iman Menuju Barzakh*

Senafas Ke Barzakh : https://goo.gl/N91mmH

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2