Merasa bertuhan

*Orang Yang Rasa BerTuhan*

Orang yang rasa bertuhan
Ialah orang yang merasa dirinya sentiasa di dalam kekuasaan Tuhan.

Dia sentiasa sedar bahawa dia di dalam pengetahuan-Nya.

Di dalam penglihatan-Nya dan di dalam pendengaran-Nya.

Jarang sekali dia melupakan-Nya.

Dia merasakan Tuhan boleh berbuat apa sahaja ke atas dirinya.

Nasibnya bergantung kepada Tuhan.

Baik buruknya ditentukan oleh Tuhan.

Hidup matinya ditentukan oleh Khaliqnya.

Merasakan dirinya tidak ada kuasa langsung.

Lantas dengan itu datang rasa takutnya kepada Allah penciptanya.

Kebimbangannya terbawa-bawa ke mana-mana.

Dan di waktu bila pun.

Dengan itu lahir di dalam hati inginkan kasih sayang dari Tuhan.

Agar dia diberi hidayah dan taufiq.

Supaya dia diberi keselamatan dan kawalan.

Dia pun menyembah-Nya dan membesarkan-Nya.

Memanjatkan doa kepada-Nya agar dipimpin selalu.

Kesalahannya dia memohon ampun.

Kesilapannya dia memohon maaf.

Dengan nikmat dia bersyukur dan dengan ujian dia bersabar.

Redha dengan ketentuan Tuhan.

Apa sahaja yang dia hendak buat dia tanya Tuhan lebih dahulu.

Dia takut hendak memandai-mandai.

Tuhan adalah tempat rujuknya.

Begitulah orang yang rasa bertuhan.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2