Mudahnya cari pahala
*Carilah Pahala Yang Mudah*
Di samping ibadah yang berat lagi khusus,
carilah pahala atau keredhaan Allah yang mudah.
Bertemu orang Islam berilah salam sebagai mendoakannya.
Senyumlah selalu apabila bertemu,
ia dianggap sedekah.
Apabila keluar rumah, niat hendak membuat
berbagai-bagai kebaikan seperti ziarah atau khidmat.
Tidak sampai maksud pun tidak mengapa,
ia tetap diberi pahala.
Hadis ada memberi keterangan, niat orang Mukmin itu lebih baik daripada amalannya.
Apabila membawa kereta di simpang-simpang jalan,
berilah laluan kepada orang lebih dahulu.
Ia diberi pahala kerana mengutamakan orang
daripada diri sendiri.
Kesalahan kawan maafkan sahaja walaupun tidak diminta.
Amat besar pahalanya, bahkan menggembira kawan pula.
Duri-duri atau benda-benda yang menghalang di jalan dibuang segera.
Ia memberi mudah orang ramai lalu-lalang
dengan tidak merbahaya.
Ia diberi pahala sama dengan orang yang bersedekah.
Waktu tidur malam niatlah hendak bangun beribadah.
Pahala tetap diperolehi sekalipun tidak sempat bangun kerana terlajak tidur.
Ia tetap diberi pahala kerana niatnya suci.
Berpakaian, niat bercantik-cantik kerana Tuhan itu cantik.
Di sini pahalanya tetap ada.
Yang salah itu, berpakaian kerana bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk.
Yang sebenarnya untuk mendapat pahala
atau keredhaan yang mudah terlalu banyaknya.
Tanpa memerlukan korban masa atau harta.
Tapi kita telah mensia-siakannya.
Comments
Post a Comment