Pesan untuk sahabat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Sahabat,
Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.
Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya.
Dalam hidup ini ada tawa.
Dalam hidup ini ada tangis.
Dalam hidup ini ada kebahagiaan.
Dalam hidup ini ada kesedihan.
Dalam hidup ini ada kejayaan.
Dalam hidup ada kekecewaan.
Dalam hidup ini ada cubaan.

Mari kita syukuri
Atas apa pun yang dilalui
Pasti bersama hikmahnya
Kerana hidup ini adalah anugerah dariNya.

Setiap dari kita ada ujian dan musibah.Allah tahu tahap kemampuan kita dalam.menghadapi ujian ini.Dia takkan memberi jika ianya melebihi tahap kemampuan diri.
Sentiasa bersyukur dan redho.Jika kamu merasa berat ujiannya ada orang lain lagi berat ujiannya.

Pandanglah ke bawah dan lihat masih ramai yang kurang bernasib baik dari kamu.
Pandanglah ke atas dan lihatlah orang-orang yang bahagia kerana sentiasa bersyukur dan tenang hatinya dalam rahmat Allah Swt.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2